Pages

Friday, 7 December 2012

KEBERSAMAAN ITU INDAH

Apabila kita mengerti prioriti bermakna kita memahami kehendak semasa yang dituntut oleh umat Islam. Masyarakat Islam kini banyak keciciran perkara-perkara prinsip Islam. Amat tidak bijak bagi mereka yang mendahulukan perkara cabang sebagai topik utama yang akan menyebabkan masyarakat awam ‘sakit perut’ berupa perpecahan serta salah faham terhadap prinsip Islam. Justeru, carilah titik persamaan sesama kita dan elakkan dari mencetuskan perkara-perkara yang boleh menimbulkan perbalahan.

Perpaduan Islam hanya dapat dicapai melalui al-Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. kepada umatnya. Sorotan sejarah telah membuktikan bahawa faktor kegemilangan dan kejayaan  umat Islam disebabkan ketaatan mereka kepada ajaran Islam  manakala kecemerlangan bangsa barat disebabkan jauhnya mereka dari pegangan agama mereka. Sesungguhnya Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Ali-Imran 3: 103)



Sesungguhnya kesatuan Islam adalah satu keperluan untuk mengembalikan kegemilangan Ummah dan merealisasikan peranannya dalam memimpin manusia untuk merealisasikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Kesatuan juga merupakan satu keperluan untuk menghadapi bahaya-bahaya dahsyat yang disasarkan kepada umat Islam oleh musuh-musuhnya yang ramai dan bersekutu. Kesatuan Islam sepatutnya dibina di atas asas-asas agama dengan cara memahami realiti dunia masa kini, mengenali tabiat serangan padanya, menentukan faktor-faktor yang membawa kepada kesatuan ini dan menentukan halangan-halangan yang menghalang perealisasiannya.


No comments:

Post a Comment

Berita Harian Online