Pages

Tuesday 14 August 2012

Sejarah Penubuhan JAKMA


Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan (JPDK) merupakan salah satu daripada lima buah Jabatan di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ditubuhkan pada sesi pengajian 1979/80 dengan hanya lima orang tenaga pengajar. Jabatan ini telah berkembang pesat hingga mampu melahirkan ramai mahasiswa/siswi yang mahir dalam pelbagai bidang, baik di peringkat pra-siswazah mahupun pasca-siswazah.

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan bermula sebagai satu cadangan dari kakitangan akademik di Jabatan Usuluddin dan Falsafah. Kertas kerja penubuhannya yang dinamakan Rancangan Penubuhan Jabatan Sains Dakwah dan Kepimpinan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Fakulti Pengajian Islam yang ke-20 pada 1 Mac 1976

Pihak Universiti telah menubuhkan Lembaga Pengkajian Penubuhan Jabatan Sains Dakwah dan Kepimpinan (LPPJSDK) khusus untuk mengkaji keperluan terhadap penubuhan JPDK serta sumbangan yang dapat dihasilkan

LPPJSDK telah mengadakan mesyuarat sebanyak tiga kali. setelah berpuashati dengan kemantapan hujah pentingnya JPDK kepada masyarakat dan negara serta pembetulan terhadap format kertas kerja dan isi kandungannya, LPPJSDK telah menghantar kepada Senat, Majlis Universiti dan Kementerian Pelajaran. Laporan ini menyatakan hasil kajian LPPJSDK yang positif terhadap penubuhan JPDK

Akhirnya, pihak Majlis Universiti dak Kementerian mengeluarkan kelulusan masing-masing dan JPDK ditubuhkan dengan rasminya pada sesi Pengajian 1979/80 iaitu 11 Jun 1979.

Seterusnya JPDK telah semakin berkembang dan menjadi sebuah jabatan yang aktif.

No comments:

Post a Comment

Berita Harian Online