Pages

Thursday 16 August 2012

Salam 'Aidilfitri



Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Ali-Imran: 133)....

Tibanya Syawal bererti berpulangnya Ramadhan. Bak kata pepatah:
Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya.Yang patah kan tumbuh..yang hilang kan berganti...Begitulah sunnatullah yang melingkari setiap kehidupan mahkluk di muka bumi ini. Syawal yang menjelma menandakan masanya sudah tiba buat Ramadhan..bulan rahmah telah pergi. Bulan barakah dirindu kembali..bulan pengampunan dari Ilahi..buat bekal diri di esok hari di kemudian nanti..rebutlah peluang dalam meniti penghujung ramadhan agar perolehi kemenangan yg hakiki.."Salam al-Qadr & Salam Aidilfitri"

Dikesempatan ini, kami daripada seluruh warga dan Saf Kepimpinan Jawatankuasa Kepimpinan Mahasiswa (Jakma) Kelab Pengajian Dakwah dan Kepimpinan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.. semoga amalan kita diterima dan mendapat keredhaan-Nya.. Kekalkan tarbiyah ramadhani dlm diri.. moga2 beroleh kemenangan yg hakiki.. firman Allah.."Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)  Aamiin... 



Tuesday 14 August 2012

Sejarah Penubuhan JAKMA


Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan (JPDK) merupakan salah satu daripada lima buah Jabatan di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ditubuhkan pada sesi pengajian 1979/80 dengan hanya lima orang tenaga pengajar. Jabatan ini telah berkembang pesat hingga mampu melahirkan ramai mahasiswa/siswi yang mahir dalam pelbagai bidang, baik di peringkat pra-siswazah mahupun pasca-siswazah.

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan bermula sebagai satu cadangan dari kakitangan akademik di Jabatan Usuluddin dan Falsafah. Kertas kerja penubuhannya yang dinamakan Rancangan Penubuhan Jabatan Sains Dakwah dan Kepimpinan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Fakulti Pengajian Islam yang ke-20 pada 1 Mac 1976

Pihak Universiti telah menubuhkan Lembaga Pengkajian Penubuhan Jabatan Sains Dakwah dan Kepimpinan (LPPJSDK) khusus untuk mengkaji keperluan terhadap penubuhan JPDK serta sumbangan yang dapat dihasilkan

LPPJSDK telah mengadakan mesyuarat sebanyak tiga kali. setelah berpuashati dengan kemantapan hujah pentingnya JPDK kepada masyarakat dan negara serta pembetulan terhadap format kertas kerja dan isi kandungannya, LPPJSDK telah menghantar kepada Senat, Majlis Universiti dan Kementerian Pelajaran. Laporan ini menyatakan hasil kajian LPPJSDK yang positif terhadap penubuhan JPDK

Akhirnya, pihak Majlis Universiti dak Kementerian mengeluarkan kelulusan masing-masing dan JPDK ditubuhkan dengan rasminya pada sesi Pengajian 1979/80 iaitu 11 Jun 1979.

Seterusnya JPDK telah semakin berkembang dan menjadi sebuah jabatan yang aktif.

Berita Harian Online