Pages

Tuesday 23 October 2012

JANGAN BERDUKACITA KERANA SESUNGGUHNYA DUNIA TERLALU HINA UNTUK MEMBUAT ANDA BERSEDIH HATI

Ibnu al-Mubarak, seorang alim yang sangat masyhur itu berkata: 

Puisi Adi Bin Zaid lebih aku sukai dari istana Amir Tahir bin al-Husain jika istana itu milikku.
Puisi yang bagus dan mempesona itu menyebut seperti berikut:

"Wahai orang yang mencela dan menghina orang lain, adakah engkau lepas dari ujian dan cubaan?

Atau engkau punya janji kuat dari hari-hari? Engkau adalah orang  bodoh dan tertipu.
Maksudnya: Wahai orang yang selalu menghina dan memperkecilkan orang lain, adakah anda terikat janji supaya tidak ditimpa musibah seperti merek? Atau hari-hari sudah member jaminan untuk keselamatan anda dari berbagai-bagai bencana dan cubaa? Lantas mengapa anda selalu mencela?

Menurut satu hadis sahih ada disebut, ertinya: “ sekiranya dunia ini di sisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum seorang kafir walaupun seteguk air.” Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk, inilah hakikat nilainya dan timbangannya di sisi Allah. Lantas mengapa mesti takut dan resah kerananya?

Kebahagiaan ialah apabila anda merasa aman dengan diri, masa depan, keluarga, dan hidup anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, ridha kepada Allah, ridha kepada ketentuan-Nya, dan qana’ah.




..MONOLOG DIRI..


Deruan ombak menhempas pantai..
 Ketenangan menyelubungiku..
Bila mana kaki pelahan-lahan berjalan..
Membawa hati yang penuh hiba..
Mengapa perlu ada rasa sedih..
Tertanya diri kepada hati..
Sekian lama berjalan tanpa henti..
Mula berpaling mendongak langit..
Apa pula disebalik ketenangan luas itu??
Pelbagai persoalan tertanya..
Hanya kerana diri rasa kedukaan..
Manusia yang yakin akan Tuhannya..
Dia akan bisa menjawab semua persoalan itu..
Tetapi, manusia lebih gemar bermonolog sendiri..
Dan apabila keyakinan mula menjelma akan apa sepatutnya rasa hati..
Mereka masih hendak bermain madah dengan kata..
Mengapa hatiku selalu bersedih??..
Mengapa aku selalu tiada dalam ketenangan??..
Ya Allah, aku memohon akan ketenangan..
Agar mudah untuk aku memperhambakan diriku sepenuhnya..
Adakah lumrah manusia mempunyai rasa sebegitu??..
Apabila merasa aku insan yang sangat lemah..
Itulah selalu diungkap manusia seperti  Aku..





Monday 15 October 2012

Kenal Sifat Mazmumah


Nabi SAW bersabda, Allah berfirman, “Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya”. (HR Thabrani)

   Bagaimana keadaan kita apabila menerima ujian dari Allah? Tepuk dada Tanya iman masing-masing.
Banyak orang tertipu dengan diri sendiri dan ramai yang beranggapan dirinya hebat, tabah, sabar dan tidak mudah melenting bila berhadapan dengan sesuatu keadaan yang sukar. Betul demikian? Firman Allah SWT 

“Jangan kamu mengatakan kamu sudah beriman, sedang kamu belum diuji”

Maka, dengan ujian tersebut kita boleh secara langsung akan nasib kesudahan hidup kita di akhirat  kelak. Sebabnya, orang yang tidak sabar, pemarah dan mudah melenting adalah tanda sifat mazmumah masih menebal dalam diri. Jika tidak diproses buang semasa di dunia ini, padah kesannya kelak.

  Perkara ini disebut oleh Imam Ghazali r.a. dalam Kitab Ihya, bahawa apabila kita nak melintas Siratul Mustaqim kelak,.. kita akan dapati banyak halangan2 berupa pengkait atau sabit di atasnya!. Katanya, pengkait2 tersebut adalah jelmaan dari sifat2 Mazmumah semasa kita hidup di dunia.Jika kita ada 20/30 macam sifat2 mazmumah, seperti dengki, irihati, riak, ego, dsb.nya, maka ia akan menjelma menjadi 20/30 berupa pengkait di atas titian Siratul Mustaqim!. Kalau terkait pada langkah kaki kita, alamak terjerumuslah ke bawah.. ke dalam api neraka jahanam. Waliyazubillah!.  

  Oleh itu, perhati2kan diri semasa menerima ujian. Supaya apabila kita memproses sifat2 mazmumah itu tadi, biar kena pada tempatnya(ubatnya). Jadi, pandai2lah mencari kaedah untuk memperbaiki sifat2 mazmumah supaya ianya benar2 berkesan dan selamat.Sebab, lain orang, lain ubatnya walaupun mempunyai mazmumah yang sama. Kerana hati orang lain-lain!.Yang pasti, kita mahu highway kita di atas titian Siratul Mustaqim, 'clear' tak ada rintangan..... terus sahaja ke dalam Surga..




Irman Fareed Kadir
Exco Akademik & Kerjaya..



Monday 8 October 2012

Kepimpinan yang mendidik




S
eorang ketua negara adalah pemimpin rakyatnya. Seorang majikan adalah pemimpin pekerjanya. Seorang ketua kampung adalah pemimpin penduduk kampungnya. Seorang ayah adalah pemimpin keluarganya. Seorang individu adalah pemimpin dirinya sendiri.


  Tidak kurang hebatnya tanggungjawab memimpin bagi setiap individu. Memimpin adalah perlu bagi meletakan jagaan kepimpinan samada diri sendiri atau ahli organisasi di jalan menuju kepada objektif yang ditetapkan.
   Dalam pada mengatur langkah tersebut, diri kita atau organisasi dipersiapkan bagi memastikan kita dalam keadaan sedia dan sesuai setibanya ke destinasi objektif.
    Oleh kerana itu, seharusnya kita mendidik dalam memimpin. Jika pemimpin hanya mementingkan objektif tetapi tidak mempersiapkan pimpinannya, maka, objektif mungkin tercapai tetapi keadaan lebih rumit ketika itu dengan masalah-masalah lain hasil dari pencapaian objektif akan timbul.
  Sebagai contoh, seorang majikan yang menggariskan jualan 1000unit produk akan berjaya menjual 1000unit dengan kepimpinannya tetapi kemungkinan kehilangan pekerja mahirnya kerana pekerjanya tidak dididik untuk terus berkhidmat dan memiliki moral yang baik. Seorang majikan yang lain, sentiasa mendidik dan memberi tunjuk ajar dalam perniagaan serta memupuk moral yang tinggi dalam berniaga, akan berjaya menjual 1000unit produk yang sama. Tetapi berkemungkinan besar akan terus mengekalkan pembeli serta pekerjanya yang suka dan selesa berurusan dengan syarikatnya.
   Semudah-mudah kepimpinan adalah dengan mendidik. Apatah lagi jika tugas utama organisasi adalah pendidikan seperti institusi pendidikan dan institusi keluarga.
Kepimpinan yang kita sering kali amati adalah kepimpinan yang tidak mendidik dan hasilnya adalah organisasi yang hanya mementingkan keuntungan syarikat semata-mata dan berhadapan dengan risiko pengekalan momentum jualan, nilai-nilai korporat dan integriti.
  Seluruh dunia sering kali menjadikan tokoh-tokoh kepimpinan yang berjaya sebagai role-model kepimpinan mereka. Tetapi, sayangnya, tidak semua tokoh ini berjaya mendidik.
 Mendiang Steve Jobs menjadi role-model innovasi kerana kepimpinan transformational yang diiringi dengan didikan yang menyuntik fahaman bahawa innovasi bukan suatu perkara uyang mustahil, malah sesuatu yang baru dapat dicipta untuk kegunaan umum dari perkara yang kita belum pernah lakukan. Apple cuba keluar dari kebiasaan yang kita lakukan lalu menghasilkan produk-produk berinovasi tinggi.
  Contoh-contoh teladan kepimpinan yang mendidik telah lama wujud dan banyak. Setiap para Rasul Allah memberikan teladan yang baik dalam konteks ini. Mereka menjadi pemimpin kepada umat dan diri mereka sendiri dengan sikap serta sifat terpuji bagi menjadi contoh lalu mendidik diri sendiri dan umat mereka. Nabi dan para Rasul adalah contoh kepimpinan sepanjang zaman. Namun begitu, jarang sekali kita memandang kisah-kisah para Nabi dan Rasul dalam konteks kepimpinan. Insya-Allah, Notafikir.com akan cuba membincangkan konteks kepimpinan para Nabi dan Rasul untuk kita contohi serta mula memimpin dengan mendidik.
  Inilah isi pati kepimpinan melalui teladan yang lebih mudah diintepretasi dengan istilah kepimpinan yang mendidik.
    Masa depan negara bukan terletak pada kepimpinan semata-mata tetapi juga tertakluk kepada nilai dari kepimpinan yang ditonjolkan. Kejayaan para tokoh Islam seperti Salehuddin Al-Ayubi menonjol akhlak yang terpuji dan mendidik pasukannya dengan ilmu agama yang baik supaya memiliki akhlak yang indah meskipun berhadapan dengan kawan mahupun lawan.
    Apatah lagi apabila negara kita disepak-sepak dengan gelombang politik yang menjijikan. Pimpinlah diri sendiri dengan mendidik, agar kita tidak dizalimi serta berupaya memimpin orang lain untuk tidak menzalimi malah mendidik.
  Renung-renungkan, samada kita selama ini memimpin diri dan organisasi menuju objektif dengan mendidik atau tidak.

Berita Harian Online