Nabi SAW bersabda, Allah berfirman, “Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya”. (HR Thabrani)
Bagaimana keadaan kita apabila menerima ujian dari Allah? Tepuk dada Tanya iman masing-masing.
Banyak orang tertipu dengan diri sendiri dan ramai yang beranggapan dirinya hebat, tabah, sabar dan tidak mudah melenting bila berhadapan dengan sesuatu keadaan yang sukar. Betul demikian? Firman Allah SWT
“Jangan kamu mengatakan kamu sudah beriman, sedang kamu belum diuji”
Maka, dengan ujian tersebut kita boleh secara langsung akan nasib kesudahan hidup kita di akhirat kelak. Sebabnya, orang yang tidak sabar, pemarah dan mudah melenting adalah tanda sifat mazmumah masih menebal dalam diri. Jika tidak diproses buang semasa di dunia ini, padah kesannya kelak.
Perkara ini disebut oleh Imam Ghazali r.a. dalam Kitab Ihya, bahawa apabila kita nak melintas Siratul Mustaqim kelak,.. kita akan dapati banyak halangan2 berupa pengkait atau sabit di atasnya!. Katanya, pengkait2 tersebut adalah jelmaan dari sifat2 Mazmumah semasa kita hidup di dunia.Jika kita ada 20/30 macam sifat2 mazmumah, seperti dengki, irihati, riak, ego, dsb.nya, maka ia akan menjelma menjadi 20/30 berupa pengkait di atas titian Siratul Mustaqim!. Kalau terkait pada langkah kaki kita, alamak terjerumuslah ke bawah.. ke dalam api neraka jahanam. Waliyazubillah!.
Oleh itu, perhati2kan diri semasa menerima ujian. Supaya apabila kita memproses sifat2 mazmumah itu tadi, biar kena pada tempatnya(ubatnya). Jadi, pandai2lah mencari kaedah untuk memperbaiki sifat2 mazmumah supaya ianya benar2 berkesan dan selamat.Sebab, lain orang, lain ubatnya walaupun mempunyai mazmumah yang sama. Kerana hati orang lain-lain!.Yang pasti, kita mahu highway kita di atas titian Siratul Mustaqim, 'clear' tak ada rintangan..... terus sahaja ke dalam Surga..
Irman Fareed Kadir
Exco Akademik & Kerjaya..
Seandainya kita tidak jemu membetulkan niat kita dalam beramal sejajar dengan Kehendak ALLAH swt, DIA pasti kelak "membetulkan" langkah kita di titian Shirathal Mustaqiim dan mempercepatkan perjalanan ke Syurga, insya ALLAH. Aamiin, ya Rabbal 'Aalamiin..! Wallahu A'lam.
ReplyDeleteThe above comment was written by Abdul Hamid Bin Jamain (ABHAJ ALBANJAARY).
ReplyDelete