Pages

Wednesday 28 September 2011

Mesyuarat Aktiviti JAKMA

Tarikh : 28 / 9/ 2011
Masa : 4.00- 6.00 petang
Tempat : Bilik Seminar Jabatan Usuluddin

Perjumpaan ini bertujuan untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang semester ini. Perjumpaan ini juga merupakan perjumpaan kali pertama exco-exco JAKMA bersama Penasihat Jakma yang baru iaitu Dr. Adawiyah binti Ismail yang menggantikan ust Othman b Haji. Talib.













Sunday 25 September 2011

KEMBARA DA'IE ke Negara Kanggaroo (20 May 2011- 17 July 2011)= Australia




Objektif :
1.   Mencari  dan mnegumpul maklumat / informasi untuk program outbound mobiliti siswazah UKM khususnya bagi aktiviti perantarabangsaan JAKMA sekali gus ingin menubuhkan jaringan kerjasama antara UKM dengan NGOs di Melbourne.
2.   Mengesan gerakan dakwah Islam dan pengurusan kebajikan masyarakat Melayu Islam di Melbourne.
Selama berada di Melbourne beberapa pertubuhan-pertubuhan Melayu telah dikenal pasti khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu di Victoria. Antaranya:
1.   Persatuan Melayu Victoria.
2.   Malay Education & Culture Centre of Australia Inc. (MECCA).
3.   Khairat Melayu Islam Victoria (KMIV).
4.   Kampung Utara Melbourne (KUM).
5.   Wakaf Melayu Victoria (WMV)
Lawatan ke kampus Kolej Al-Taqwa (Al-Taqwa College) sempat dilakukan juga. Kolej Al-Taqwa ialah sebuah kolej Islam bertaraf antarabangsa yang unggul di Victoria yang sebelum ini dikenali sebagai "Waribee Islamic College".yang mempunyai cawanganya di Bogor,Indonesia (Yayasan International School of Indonesia. Lawatan singkat ini diakhiri dengan ziarah ke tanah perkuburan masyarakat Islam "Bunurong Memorial Park'.





bergambar di hadapan Malaysia Hall










Gambar-gambar di Negara Kangaroo






YDP Jakma ke Christ Church, Oxford University, United Kingdom.





Dari kiri Mohan A/L Raju (FEP/TimbalanKetua), UstazAmmar Siddiq (Atase Pendidikan UK), Syukri Sherkawi (FPI/ KetuaPenyelidik), dan Jafon Ng Mum Zhong (FST/Setiausaha Program) –Gambar ketika sambutan Hari Raya Malaysia di The Stowe Centre, Edware Road, London.
Pada 22 Ogos 2011 yang lalu, Yang di-Pertua Jawatan kuasa Kepimpinan Mahasiswa (Jakma) Saudara Muhamad Syukri Sherkaw telah diberikan kepercayaan oleh pihak UKM khususnya Jabatan Perkhidmatan Pelajar  (JpPel) untuk mengetuai kumpulan penyelidik untuk melakukan penyelidikan di Christ Church, Oxford University, United Kingdom.Penyelidikan yang dilakukan selama dua minggu inia dalah untuk melihat kaedah pengurusan kebajikan pelajar khususnya di Chris Church, Oxford University seterusnya membandingkan perbezaannya dengan UniversitiKebangsaan Malaysia.

Peluang yang diberikan kepada beliau juga telah dimanfaatkan sepenuhnya apabila sempat menjalani ibadah puasa dan hari raya di London. Dan apa yang lebih membanggakan ialah, kesempatan untuk bertemu sendiri dengan alumni pelajar Jabatan dakwah dan Kepimpinan iaitu Ustaz Amar Siddiq (dalam gambar) yang bertindak sebagai Atase Pendidikan (menjaga hal ehwal agama masyarakat Malaysia) di United Kingdom.



Bersama Duta Besar Malaysia ke UK Datuk Zakaria Sulong dan isteri. Pada hari raya kedua 31 Ogos 2011 di Rumah Besar Kedutaan Malaysia di Rusell Square. (gambar di ambil selepas upacara menyanyikan lagu Negaraku.

Wednesday 21 September 2011

FIrst Year 2010

PERHIMPUNAN JAKMA (SEPETANG BERSAMA JAKMA)

 Perhimpunan Jakma (Sepetang Bersama Jakma) ini akan diadakan sebagaimana berikut

  Tarikh   :  23 / 09 /2011
  Masa    :  2.15.00 ptg -6.00 ptg
  Tempat :  DK2 FPI

Dijemput semua warga Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan khususnya para pelajar tahun 1,2 dan 3 untuk sama-sama memeriahkan Perhimpunan Jakma ini.
Perhimpunan ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara semua warga Jakma 2011/2012

 Antara Pengisian :

1-Sesi Pengenalan Jakma
2-Doa Selamat

PROGRAM JAKMA SESI 2011/ 2012

 



BARISAN MT & EXCO JAKMA 2011/2012

BARISAN MT & EXCO JAKMA 2011/2012
 













Berita Harian Online