Pages

Monday, 9 December 2013

MENJEJAK NEGERI KENYALANG


MENJEJAK NEGERI KENYALANG

Assalamualaikum w.b.t.,
Syukur kepada Allah s.w.t atas kurniaanNya dapat saya nukilkan setinta pengalaman kami menjalani program Jelajah Mahasiswa Prihatin Sarawak 2013. Program yang diadakan di Sarawak ini dijalankan selama lima hari bermula 21 November 2013 hingga 25 November 2013. Hasil kerjasama daripada semua urusetia dan sokogan daripada para pensyarah, Alhamdulillah program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya. Beberapa aktiviti yang dijalankan seperti Dialog Mahasiswa UKM-IKMAS yang bertemakan Dakwah Kontemporari, Ramah mesra bersama Warga Tua di Pusat Pemulihan Sarawak, lawatan ke tempat-tempat menarik di Sarawak, dan lain-lain lagi.



            Program Jelajah Mahasiswa Prihatin yang diadakan di Sarawak turut memberikan kami peluang untuk menghubung silaturahim bersama warga Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS) dan Pusat Latihan Sarawak (PLS). Kami dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi ilmu dan pengalaman di samping memberi sokongan kepada para pelajar di sana untuk bergiat terus dalam bidang dakwah. Kami juga berpeluang untuk melawati kawasan sekitar dan kemudahan-kemudahan yang disediakan di IKMAS.








    Aktiviti seterusnya diteruskan pada hari ketiga di Pusat Pemulihan Sarawak yang terletak di Samarahan (if im not wrong). Mengunjungi warga tua di sana, memberikan kami seribu satu perasaan yang tidak mampu diungkapkan. Melihat keadaan mereka, sejujurnya membuatkan saya rindu pada ahli keluarga saya. Kami cuba mendalami perasaan mereka sambil membekalkan mereka kuih-muih dan air kotak sebagai buah tangan. 







            “Nenek tak nak apa-apa, cukuplah kamu datang tengok nenek”
Sayu. Mereka benar perlukan perhatian kita. Harap budi kami yang sedikit ini dihitung disisi tuhan.




  
            Alhamdulillah, diberikan nikmat dari Nya untuk kami menjejak ke tempat-tempat perlancongan yang terletak di Sarawak. Beberapa tempat yang menarik yang sempat untuk kami kunjungi seperti Kampung Budaya, Kampung Boyan dan kawasan sekitarnya. Kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur jam 4 petang menaiki pesawat Malindo Air pada keesokan harinya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta yang bertungkus-lumus mengadakan program yang memberi manfaat kepada para pelajar. Tidak lupa ucapan terima kasih buat para pensyarah kami terutama Prof. Madya Dr. Fariza Bt Md. Sham, penyelia program ini di atas sokongan dan semangat yang tidak jemu dalam menjayakan program ini.





Menjejak bumi Kenyalang
Demi mencari keagungan tuhan
Aku kenal beribu kawan
Dan aku belajar meraih perbezaan


Biarlah kita berbeza
Tapi harapku agenda kita sekata
Di bumi terpisah jauh
Yakinlah langit kita tetap sama
Diterangi mentari yang serupa
Dipeluk malam yang gelita
Moga ukhwah ini kekal ke syurga

                *Salam buat mereka di seberang sana. Moga ketemu lagi yaaa~Senyum

Siti Aisyah Binti Mahmud
Tahun 3/Kaunseling

No comments:

Post a Comment

Berita Harian Online