Pages

Monday 24 December 2012

Belajar dalam Mengajar


Rasulullah pernah bersabda:

(
خيركم من تعلم القراءن وعلمه)

maksudnya: Sebaik2 d kalangan kamu ialah yg mempelajari Al-Quran Dan mengajarkannya.

dalam hadith d atas membawa maksud, jika seseorang itu mempelajari Al-Quran, adalah baik jika mengajarkannya juga,...

tp, jika kite lihat segelintir umat islam d luar sana, berapa ramai yg pandai & tahu tentang ilmu agama? tahu ilmu2 Al-Quran?... sedangkan kita sebenarnya yang tahu sdikit ttg ilmu2 tersebut tidak ada usaha utk mengubah "segelintir umat islam" itu, bahkan selalu mencela, mengutuk mereka yang tidak tahu menahu langsung ttg ilmu2 itu,...

dalam aspek menyebarkan ilmu Allah, kit juga perlu ada sifat "keterbukaan", kerana dgn sifat ini juga kita dapat mendalami atau memahami apa yang d lalui oleh mereka yang baru dalam ilmu2 agama,..



kadangkala, ilmu yang di sampaikan oleh kita bukan betul 100%, tetapi, dek kerana ke"ego"an yg ada dalam diri tidak dpt mnerima teguran dan nasihat dri orang yg ingin kita sampaikan ilmu padanya,..

sedangkan dalam Al-Quran juga Allah berfirman:

(
وذكر, فان الذكرى تنفع المؤمنين)

Maksudnya: Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.




Jadi, di dalam suasana Ilmu juga orang yang menyampaikan ilmu itu juga dapat mempelajari sesuatu yang baru walaupun berupa "pendapat" oleh orang yang mempelajari ilmu tersebut,...

bila ada "toleransi" antara menyampai ilmu dgn penerima ilmu, baru laa ada "feel" dlm suasana ilmu tersebut, kerana masing2 cuba dan dapat memahami sesuatu ilmu yang di sampaikan...

bagi yang menyampaikan ilmu, mungkin ia dpt "rolling" balik ilmu2nya,.. sebab kadangkala kita lupa dgn ilmu2 yang dah lama kite tinggalkan, apetah lagi mengamalkannya,.. sebab itu dalam mengajar kita juga belajar sesuatu, x pun dapat mengulangi ilmu2 yg pernah @ "ter"tinggal suatu ketika dahulu.....


syafiq shazali 
NYDP2 JAKMA

No comments:

Post a Comment

Berita Harian Online