Dalam kitab Al-Tazkirah Fi Ahwal Al
Mawta Wa Umur Al-Akhirah oleh Imam Al-Qurtubi, diceritakan bahawa seorang
lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang
sufi yang hebat, iaitu Ibrahim Adham. Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada
beliau untuk melakukan maksiat.
Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham, “Kamu
boleh melakukan maksiat dengan syarat” :
1) Jangan kamu makan rezeki Allah s.w.t
- Kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah s.w.t. derhaka kpd Allah s.w.t.
2) Jangan kamu tinggal di bumi Allah
s.w.t.
-Kerana tidak layak org yang tinggal di bumi Allah s.w.t. melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-NYA.
3) Buatlah maksiat di tempat yang Allah
s.w.t. tidak nampak akan kamu.
4) Sekiranya malaikat maut datang hendak
mencabut nyawamu, maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit
masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat.
-Sekiranya engkau dapat melakukan
perkara tersebut, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
5) Sekiranya malaikat zabaniah penjaga
neraka datang hendak mengheretmu ke dlm neraka, maka katakan kepadanya bahawa
kamu tidak akan mengikutnya.
-Sekiranya engkau dapat berbuat demikian,
maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
Setelah mendengar kata-kata tersebut, lelaki
itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi
seseorang hamba Allah s.w.t untuk melakukan maksiat kepada- NYA. Akhirnya,
lelaki itu menemui jalan hidayah. Dia bertaubat dengan bersungguh-sungguh.
Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal serta menjadi hamba Allah
s.w.t. yang soleh.
Exco sukan & Rekreasi
Mohamad Fazullah b. Spawi
No comments:
Post a Comment