Gadisku…
sesungguhnya
kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang
menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu,
namun … tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar, dari kejauhan
sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang
kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!! duri yang memagari bisa
membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
Gadisku…
aku suka kau
sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan
perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah
swt… hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’, bibirmu dengan tilawatilqur’ an dan
zirullah, matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan
langit, telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan
ma’rifat kepadaNya, akalmu tafakkur dan tadabbur setiap bait2 Kalamullah dan
hatimu dengan musyahadah kepada Wajhullah Taala…
Ingatlah bahawa ciri2
seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak
melihat kepadanya dengan pandangan nafsu dan syahwat melainkan bertambahnya
keiamanan salah seorang antara mereka. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga
jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah… umpama mutiara yang di
dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang
tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…
Wanita solehah yang
taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan
setiap insane yang bernama Adam. Namun …. ianya memerlukan mujahadah yang
tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu
lebih2 lagi title gadis yang kau miliki, sudah pasti darah mudamu mencaar rasa
keimanan yang ada.
Maka ingatlah wahai
gadisku bahawa sesiapa yang ingkarkan kebaikan maka Allah akan memudahkan
jalan2ke arah itu, yang penting engkau mesti berharap hanya kepada Allah dan
istiqamah dalam riadhah mujahadah dirimu itu.
Gadisku…
aku adalah
hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan kaum lelaki… seandainya pakaian
malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat
membentengimu… sesungguhnya Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang
terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain
fitnah yang berpunca dari kaum wanita”.
Oleh itu gadisku,
setiap langkah dan
pakaianmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah, jangan biarkan orang mengekploitasikan
dirimu untuk kepentingan tertentu… sesungguhnya Allah telah mengangkat
martabatmu sebaris dengan kaum Adam… kau adalah harapan ummah dalam melahir dan
membentuk mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia haya dengan
sentuhan lembut tanganmu.
Gadisku…
dalam hidupmu
pastinya kau ingin disayangi dan menyayangi, itulah anugerah dan fitrah
semulajadi setiap insani namun ramai antara kamu tewas kerana cinta… bercinta
itu tiada yang salahnya tapi memuja cinta itulah yang salah… kerana dengan
cinta manusia sanggup menjual ugama dan kerana cinta maruah diri yang begitu
bernilai dan berharga di gadaikan hanya kerana dengan sedikit kata2 manis dari
seorang lelaki. Gejala murtad dan keruntuhan akhlak muda-mudi sebahagiannya
adalah di sebabkan cinta. Benarlah sabda Rasulullah : “Adapun bermula cinta itu
buta”.
Cinta itu mampu
membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang Hak dan yang Batil
apabila kau letakkan cinta itu di atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah.
Sebelum kau mendekati cinta yang majazi ini, cintailah dirimu terlebih dahulu
dengan mengkaji hakikat dirimu yang akan membawa dan menimbulkan rasa cinta dan
kasih sayang kepada sang Pencinta sebenar iaitu Penciptamu.
Gadisku
mencintai ALllah dan
Rasul-Nya melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi
kerana hati yang pecah dan retak apabila di berikan kepada makhluk pastinya
akan bertambah retak lantas terburai hancur, tapi apabila hatimu di serahkan
kepada Allah ia akan bertaut kembali …
Dalam seusiamu
sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina
sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak mampu
bertapak di hati2 mereka yang penuh dengan karat2 dosa kepada Penciptanya. buat
akhirnya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabi’atul Adawiyyah sebagai
renungan kita bersama dalam menuju ke hadrat Ilahi.. : “Cintakan manusia itu
sesekali tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan
kerana ia tidak kekal, cinta seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa,
menderita dan terseksa zahir dan batin. Oleh kerana itu, tiada satu cinta pun
yang dapat membuahkan kebahagian yang sebenar dan kenikmatan yang akan
menghancurkan segala kenangan2 buruk melainkan hanya CINTA kepada PENCIPTA dan
PENCINTA sejati dan abadi…
BIRO
KEROHANIAN & KEBAJIKAN 2012/2013