Pages

Friday 2 December 2011

I’m so very lonely


Waktu engkau kanak2, kau laksana kawan ku sejati
Dengan wudhu’ aku disentuh dalam keadaan suci
Aku dipegang, dijunjung, di atas rehal aku dipelajari
Aku dibaca dengan kuat atau perlahan setiap hari
Sekarang engkau dewasa…kau tak berminat lagi…

Apakah aku…hanya untuk kanak2 yang belajar mengaji?
Sekarang aku disimpan hanya sebagai perhiasan
Atau…dibuat tangkal untuk menakutkan hantu syaitan
Aku tersingkir, dibiarkan kesendirian dalam kesepian
Di atas almari, di dalam laci, aku dipendamkan

Dulu…pagi2…surah2ku engkau baca beberapa halaman
Sekarang…sambil  minum kopi…engkau baca berita harian
Masa lapang…engkau membaca sastera karangan manusia
Sedangkan ayat2 ku datang dari Tuhanmu Yang Maha Perkasa

Waktu malam engkau khusyuk di depan tv
Menonton pertandingan bola dan lakonan tv three
Di depan computer berjam-jam engkau duduk
Masa berlalu… aku menjadi buruk di dalam gerobok
Mengumpul debu di selaput habuk
Apakah surat khabar, TV, computer dapat memberimu hikmat
Bila engkau di kubur kesenderian menunggu kiamat
Engkau didatangi pemeriksaan oleh para malaikat

Hanya dengan ayat2 Tuhanku engkau dapat terselamat
Sekarang engkau begitu leka membuang peluang
Setiap saat berlalu…kuranglah baki umurmu dan kubur sentiasa menunggu
Engkau bisa kembali kepada Tuhanmu bila-bila waktu

Apabila malaikat maut mengetuk pintu
Kalau aku dibaca selalu dan duhayati…
Di kubur nanti…
Aku datang sebagai pemuda tampan membatu engkau membela diri

Peganglah aku lagi…bacalah aku setiap hari
Kerana ayat2ku adalah dari Tuhan Yang Maha Mengetahui
Yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi
Keluarkanlah aku dari almari…
Sentuhilah aku lagi..
Jangan aku dibiarkan sendiri


“I’m So Very Lonely”!!!!


 
    



 
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “Bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.



 
Dalam kesibukan kita sebagai pelajar IPT mengejar kuliah, tutorial, program yang bermacam-macam, tugasan pensyarah yang bertimbun-timbun, jangan kita lupa kepada sumber ketenangan ruh iaitu al-Quran al-Karim. Lazimkan diri kita dengan membaca kitab suci ini sekurang-kurangnya sekali dalam sehari dan sebaik-baiknya adalah setiap kali selepas solat.
Membaca al-Quran adalah sebaik-baik ibadat sehinggakan pernah disebut al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai pembawa syafaa’t bagi pembacanya sebagaimana riwayat Abu Umamah yang maksudnya :
 
“Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Qur’an, sesungguhnya (al-Qur’an) itu datang pada hari qiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.”
(Hadis Riwayat Muslim)


 
Perkongsian ilmu yang sedikit ini mampu memberi peringatan pada diri yang kerdil lagi hina ini dan mengharapkan jihad istiqamah dalam melazimkan diri dengan membaca kalam Allah dan dihayati isi kandungannya. Harapan dan rintihan hanya padaNya. 

   (Salam dari Lajnah Akademik & Kerjaya)







No comments:

Post a Comment

Berita Harian Online