Pages

Sunday 25 September 2011

YDP Jakma ke Christ Church, Oxford University, United Kingdom.





Dari kiri Mohan A/L Raju (FEP/TimbalanKetua), UstazAmmar Siddiq (Atase Pendidikan UK), Syukri Sherkawi (FPI/ KetuaPenyelidik), dan Jafon Ng Mum Zhong (FST/Setiausaha Program) –Gambar ketika sambutan Hari Raya Malaysia di The Stowe Centre, Edware Road, London.
Pada 22 Ogos 2011 yang lalu, Yang di-Pertua Jawatan kuasa Kepimpinan Mahasiswa (Jakma) Saudara Muhamad Syukri Sherkaw telah diberikan kepercayaan oleh pihak UKM khususnya Jabatan Perkhidmatan Pelajar  (JpPel) untuk mengetuai kumpulan penyelidik untuk melakukan penyelidikan di Christ Church, Oxford University, United Kingdom.Penyelidikan yang dilakukan selama dua minggu inia dalah untuk melihat kaedah pengurusan kebajikan pelajar khususnya di Chris Church, Oxford University seterusnya membandingkan perbezaannya dengan UniversitiKebangsaan Malaysia.

Peluang yang diberikan kepada beliau juga telah dimanfaatkan sepenuhnya apabila sempat menjalani ibadah puasa dan hari raya di London. Dan apa yang lebih membanggakan ialah, kesempatan untuk bertemu sendiri dengan alumni pelajar Jabatan dakwah dan Kepimpinan iaitu Ustaz Amar Siddiq (dalam gambar) yang bertindak sebagai Atase Pendidikan (menjaga hal ehwal agama masyarakat Malaysia) di United Kingdom.



Bersama Duta Besar Malaysia ke UK Datuk Zakaria Sulong dan isteri. Pada hari raya kedua 31 Ogos 2011 di Rumah Besar Kedutaan Malaysia di Rusell Square. (gambar di ambil selepas upacara menyanyikan lagu Negaraku.

No comments:

Post a Comment

Berita Harian Online