Wednesday, 11 December 2013
Monday, 9 December 2013
MENJEJAK NEGERI KENYALANG
MENJEJAK NEGERI KENYALANG
Assalamualaikum w.b.t.,
Syukur kepada
Allah s.w.t atas kurniaanNya dapat saya nukilkan setinta pengalaman kami
menjalani program Jelajah Mahasiswa Prihatin Sarawak 2013. Program yang
diadakan di Sarawak ini dijalankan selama lima hari bermula 21 November 2013
hingga 25 November 2013. Hasil kerjasama daripada semua urusetia dan sokogan
daripada para pensyarah, Alhamdulillah program ini dapat dilaksanakan dengan lancar
dan berjaya. Beberapa aktiviti yang dijalankan seperti Dialog Mahasiswa
UKM-IKMAS yang bertemakan Dakwah Kontemporari, Ramah mesra bersama Warga Tua di
Pusat Pemulihan Sarawak, lawatan ke tempat-tempat menarik di Sarawak, dan
lain-lain lagi.
Program Jelajah Mahasiswa Prihatin
yang diadakan di Sarawak turut memberikan kami peluang untuk menghubung
silaturahim bersama warga Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS) dan Pusat
Latihan Sarawak (PLS). Kami dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi ilmu
dan pengalaman di samping memberi sokongan kepada para pelajar di sana untuk
bergiat terus dalam bidang dakwah. Kami juga berpeluang untuk melawati kawasan
sekitar dan kemudahan-kemudahan yang disediakan di IKMAS.
“Nenek tak nak apa-apa, cukuplah
kamu datang tengok nenek”
Sayu. Mereka
benar perlukan perhatian kita. Harap budi kami yang sedikit ini dihitung disisi
tuhan.
Alhamdulillah, diberikan nikmat dari
Nya untuk kami menjejak ke tempat-tempat perlancongan yang terletak di Sarawak.
Beberapa tempat yang menarik yang sempat untuk kami kunjungi seperti Kampung
Budaya, Kampung Boyan dan kawasan sekitarnya. Kami bergerak pulang ke Kuala
Lumpur jam 4 petang menaiki pesawat Malindo Air pada keesokan harinya. Tahniah
dan syabas diucapkan kepada para peserta yang bertungkus-lumus mengadakan
program yang memberi manfaat kepada para pelajar. Tidak lupa ucapan terima
kasih buat para pensyarah kami terutama Prof. Madya Dr. Fariza Bt Md. Sham,
penyelia program ini di atas sokongan dan semangat yang tidak jemu dalam
menjayakan program ini.
Menjejak
bumi Kenyalang
Demi
mencari keagungan tuhan
Aku
kenal beribu kawan
Dan
aku belajar meraih perbezaan
Biarlah
kita berbeza
Tapi
harapku agenda kita sekata
Di
bumi terpisah jauh
Yakinlah
langit kita tetap sama
Diterangi
mentari yang serupa
Dipeluk
malam yang gelita
Moga
ukhwah ini kekal ke syurga
*Salam buat
mereka di seberang sana. Moga ketemu lagi yaaa~Senyum
Siti Aisyah Binti Mahmud
Tahun 3/Kaunseling
Wednesday, 16 January 2013
PENYAKIT HATI
Kejahatan lidah adalah
di antara wabak penyakit yang amat berbahaya. Ia terhasil daripada penyakit
hati yang diharamkan di dalam Islam sebagai salah satu daripada kejahatan batin.
Allah SWT berfirman
dalam surah al-A'raaf ayat 33 :
ö@è% $yJ¯RÎ) tP§ym }În/u |·Ïmºuqxÿø9$# $tB tygsß $pk÷]ÏB $tBur z`sÜt/ zNøOM}$#ur zÓøöt7ø9$#ur ÎötóÎ/ Èd,yÛø9$# br&ur (#qä.Îô³è@ «!$$Î/ $tB óOs9 öAÍit\ã ¾ÏmÎ/ $YZ»sÜù=ß br&ur (#qä9qà)s? n?tã «!$# $tB w tbqçHs>÷ès? ÇÌÌÈ
Maksudnya: katakanlah: "Sesungguhnya
Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan Yang keji, sama ada Yang nyata
atau Yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh Dengan
tidak ada alasan Yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu
Dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang Bukti (yang
membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu
Yang kamu tidak mengetahuinya.
Segala bentuk kejahatan hati sangat ditegah dalam Islam. Dengki dengan kesenangan orang lain, memburukkan orang lain tanpa manfaat pahala, semua itu hanya mengundang kemurkaan Allah SWT. Terdapat beberapa tanda apabila kita sudah mengalami penyakit hati. Antaranya ialah:
v Malas untuk melakukan ketaatan dan amal
kebaikan
v Berlebihan mencintai dunia daripada
akhirat
v Hati menjadi keras, apatah lagi bergaul
dengan orang yang melakukan maksiat
v Meremehkan dosa kecil
v Tidak kisah tentang sumber makanan sama
ada halal atau haram.
Penyakit
hati menyebabkan hati kita menjadi keras. Apapun kebaikan yang kita lakukan,
kita akan tidak merasa nikmatnya. Malahan hati kita lebih cenderung kepada
untuk melakukan kemaksiatan.
Ada empat tahap virus yang merosakkan
hati manusia yakni, rasa bersalah dengan dosa, rasa biasa dengan dosa, rasa
seronok dengan dosa, dan jadi pembela kepada dosa. MasyaAllah, hati kita sudah
di tahap mana? Bersama-samalah kita renungkan satu persatu.
v Rasa
bersalah dengan dosa
Pertama kali berbuat dosa, hati akan diburu rasa
bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Fitrah semulajadi
manusia adalah baik (sewaktu di alam roh dan mula mula dilahirkan ke muka bumi
ini). Jadi apabila fitrah ini dikotori, manusia seolah olah menentang hati
kecilnya sendiri.
v Rasa
biasa dengan dosa
Namun rasa berdosa itu tidak
lama, Jika dosa yang sama itu dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya, rasa
bersalah itu akan hilang sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah
terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak akan datang lagi.
v Rasa seronok dengan dosa
Dosa itu “racun” yang disalut kemanisan dan
keindahan. Dosa yang dilazimkan tidak akan terhenti kesannya pada
hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, “penyakit” hati akan meningkat
setahap lagi, yakni pada tahap ketiga: Seronok dan rasa indah dengan dosa.
Pada tahap ini, diri manusia itu sentiasa
mengintai peluang dan ruang untuk melakukan dosa. Rasa ketagih dengan
maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, menghantui hati. Racun dosa akan
bertukar menjadi nikmat. Tiada lagi rasa bersalah
v Jadi
pembela kepada dosa
Nafsu tidak pernah puas.
Kehendaknya tiada batas. Syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah
tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur
laju di “lebuh raya” nafsu dengan “kenderaan” sifat sifat mazmumah, hati yang
seronok dengan dosa itu dirasuk untuk “maju” setapak lagi. Itulah tahap
keempat yang lebih dahsyat dan tenat. Keseronokan dosa itu menyebabkan
pelakunya menjadi pembela dan pejuangnya.
Oleh
itu, Awas!! Hati yang sakit lama kelamaan akan menjadi buta. Hati yang
semacam ini sangat keras kerana mazmumah. Sudah semakin membarah menjadi
syirik, kafir dan munafik.
Subscribe to:
Posts (Atom)