Wednesday, 11 December 2013
Monday, 9 December 2013
MENJEJAK NEGERI KENYALANG
MENJEJAK NEGERI KENYALANG
Assalamualaikum w.b.t.,
Syukur kepada
Allah s.w.t atas kurniaanNya dapat saya nukilkan setinta pengalaman kami
menjalani program Jelajah Mahasiswa Prihatin Sarawak 2013. Program yang
diadakan di Sarawak ini dijalankan selama lima hari bermula 21 November 2013
hingga 25 November 2013. Hasil kerjasama daripada semua urusetia dan sokogan
daripada para pensyarah, Alhamdulillah program ini dapat dilaksanakan dengan lancar
dan berjaya. Beberapa aktiviti yang dijalankan seperti Dialog Mahasiswa
UKM-IKMAS yang bertemakan Dakwah Kontemporari, Ramah mesra bersama Warga Tua di
Pusat Pemulihan Sarawak, lawatan ke tempat-tempat menarik di Sarawak, dan
lain-lain lagi.
Program Jelajah Mahasiswa Prihatin
yang diadakan di Sarawak turut memberikan kami peluang untuk menghubung
silaturahim bersama warga Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS) dan Pusat
Latihan Sarawak (PLS). Kami dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi ilmu
dan pengalaman di samping memberi sokongan kepada para pelajar di sana untuk
bergiat terus dalam bidang dakwah. Kami juga berpeluang untuk melawati kawasan
sekitar dan kemudahan-kemudahan yang disediakan di IKMAS.
“Nenek tak nak apa-apa, cukuplah
kamu datang tengok nenek”
Sayu. Mereka
benar perlukan perhatian kita. Harap budi kami yang sedikit ini dihitung disisi
tuhan.
Alhamdulillah, diberikan nikmat dari
Nya untuk kami menjejak ke tempat-tempat perlancongan yang terletak di Sarawak.
Beberapa tempat yang menarik yang sempat untuk kami kunjungi seperti Kampung
Budaya, Kampung Boyan dan kawasan sekitarnya. Kami bergerak pulang ke Kuala
Lumpur jam 4 petang menaiki pesawat Malindo Air pada keesokan harinya. Tahniah
dan syabas diucapkan kepada para peserta yang bertungkus-lumus mengadakan
program yang memberi manfaat kepada para pelajar. Tidak lupa ucapan terima
kasih buat para pensyarah kami terutama Prof. Madya Dr. Fariza Bt Md. Sham,
penyelia program ini di atas sokongan dan semangat yang tidak jemu dalam
menjayakan program ini.
Menjejak
bumi Kenyalang
Demi
mencari keagungan tuhan
Aku
kenal beribu kawan
Dan
aku belajar meraih perbezaan
Biarlah
kita berbeza
Tapi
harapku agenda kita sekata
Di
bumi terpisah jauh
Yakinlah
langit kita tetap sama
Diterangi
mentari yang serupa
Dipeluk
malam yang gelita
Moga
ukhwah ini kekal ke syurga
*Salam buat
mereka di seberang sana. Moga ketemu lagi yaaa~Senyum
Siti Aisyah Binti Mahmud
Tahun 3/Kaunseling
Subscribe to:
Posts (Atom)