Pages

Wednesday, 16 January 2013

PENYAKIT HATI


Kejahatan lidah adalah di antara wabak penyakit yang amat berbahaya. Ia terhasil daripada penyakit hati yang diharamkan di dalam Islam sebagai salah satu daripada kejahatan batin.

Allah SWT berfirman dalam surah al-A'raaf ayat 33 :
ö@è% $yJ¯RÎ) tP§ym }În/u |·Ïmºuqxÿø9$# $tB tygsß $pk÷]ÏB $tBur z`sÜt/ zNøOM}$#ur zÓøöt7ø9$#ur ÎŽötóÎ/ Èd,yÛø9$# br&ur (#qä.ÎŽô³è@ «!$$Î/ $tB óOs9 öAÍit\ム¾ÏmÎ/ $YZ»sÜù=ß br&ur (#qä9qà)s? n?tã «!$# $tB Ÿw tbqçHs>÷ès? ÇÌÌÈ  
Maksudnya: katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan Yang keji, sama ada Yang nyata atau Yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh Dengan tidak ada alasan Yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu Dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang Bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu Yang kamu tidak mengetahuinya.

          Segala bentuk kejahatan hati sangat ditegah dalam Islam. Dengki dengan kesenangan orang lain, memburukkan orang lain tanpa manfaat pahala, semua itu hanya mengundang kemurkaan Allah SWT. Terdapat beberapa tanda apabila kita sudah mengalami penyakit hati. Antaranya ialah:
v  Malas untuk melakukan ketaatan dan amal kebaikan
v  Berlebihan mencintai dunia daripada akhirat
v  Hati menjadi keras, apatah lagi bergaul dengan orang yang melakukan maksiat
v  Meremehkan dosa kecil
v  Tidak kisah tentang sumber makanan sama ada halal atau haram.
          Penyakit hati menyebabkan hati kita menjadi keras. Apapun kebaikan yang kita lakukan, kita akan tidak merasa nikmatnya. Malahan hati kita lebih cenderung kepada untuk melakukan kemaksiatan.
Ada empat tahap virus yang merosakkan hati manusia yakni, rasa bersalah dengan dosa, rasa biasa dengan dosa, rasa seronok dengan dosa, dan jadi pembela kepada dosa. MasyaAllah, hati kita sudah di tahap mana? Bersama-samalah kita renungkan satu persatu.
v  Rasa bersalah dengan dosa
Pertama kali berbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah.  Jiwa resah kerana diri menentang fitrah.  Fitrah semulajadi manusia adalah baik (sewaktu di alam roh dan mula mula dilahirkan ke muka bumi ini). Jadi apabila fitrah ini dikotori, manusia seolah olah menentang hati kecilnya sendiri.

v  Rasa biasa dengan dosa

Namun rasa berdosa itu tidak lama, Jika dosa yang sama itu dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya, rasa bersalah itu akan hilang sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa.  Rasa bersalah tidak akan datang lagi.

v  Rasa seronok dengan dosa

Dosa itu “racun” yang disalut kemanisan dan keindahan.  Dosa yang dilazimkan tidak akan terhenti kesannya pada hati.  Dari tahap terbiasa dengan dosa, “penyakit” hati akan meningkat setahap lagi, yakni pada tahap ketiga: Seronok dan rasa indah dengan dosa.
Pada tahap ini, diri manusia itu sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukan dosa.  Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, menghantui hati.  Racun dosa akan bertukar menjadi nikmat. Tiada lagi rasa bersalah

v  Jadi pembela kepada dosa
Nafsu tidak pernah puas.  Kehendaknya tiada batas.  Syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah tidur.  Usahanya tidak pernah kendur.  Lalu apabila syaitan meluncur laju di “lebuh raya” nafsu dengan “kenderaan” sifat sifat mazmumah, hati yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk “maju” setapak lagi.  Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan tenat.  Keseronokan dosa itu menyebabkan pelakunya menjadi pembela dan pejuangnya.

          Oleh itu, Awas!! Hati yang sakit lama kelamaan akan menjadi buta.  Hati yang semacam ini sangat keras kerana mazmumah.  Sudah semakin membarah menjadi syirik, kafir dan munafik. 

Thursday, 3 January 2013

M.E.L.B.O.U.R.N.E !! K.A.M.I D.A.T.A.N.G (EPS 1)


Bismillahirrahmanirrahim…Dengan kalimah suci, saya mulakan….
Assalamualaikum w.b.t...
Dah jawab salam ker??J jangan lupaa, pahala besar tuk orang yg jawab salam serta yang memberi salam…jd, rebutlah ia sementara kita masih ada kesempatan…senang kn dapat REWARD???…J…haaa……tu sebagai muqaddimahh jee…bukan saya nk bg tazkirah, juz nk share ilmu yang sy dapat dan kite sama2 amalkannya,,,apa2pon,yang penting, sy yakin, shabat2 sy sumenya dh tahu kn??
……so, entry kali ni sy bukan nk bagi tazkirah, ceramah o lecture ke ape ke,…juzz sedikit perkongsian dan cerita dr sy brdasarkan pengalamn yang dilalui….sedar tak sedar dah SEMBILAN bulan berlalu peristiwa niii…waaaa…SUSPEN je kannn…peristiwa apa lah agaknya???ceteker2...... hihihi..:P
Memang pada awalnya, saya pon xpercaya perkara ni blh jadi kenyataan…waa….IMPIAN tinggi nak nek BELON a.k.a AEROPLANE terlaksana sekali lagi walaupun kali pertama saya naek BELON tu masa trip ke SABAH...masa g SABAH tu mmg terujaaa tuk pertama kali….mula2 meme lah camtu doh kn…EXCITED HABAQ MAI…haha…ke SABAH dalam 2 jam je kan…tapi, untuk KALI ke-2 niii…memang daripada EXCITED, dh jadi macam owang yang slalu nek BELON brjuta kali rasanya…hihi….jemu juga lama2 duk ats AWAN tu…kena pulak tak dapat sit tepi tingkap…kalo idak,bolehlah tengok juga ciptaan ILAHI kan walaupun tak nampak bahagian daratnya…hee..sekuarang-kurangnya dapat cuci mata…kalo dah duk sit tengah-tengah tu, faham-faham jelah..bukan cuci mata, orang kata wat taik mata jaalah…bangun tidoq, bangun tidoq, tak sampai-sampai lagi…..hahaha…menarik kan…J

 Eh2…lupa pulak nak habaqq..,,,..trip kali ke-2 ni, saya dan beberapa orang sahabat iaitu UMI KAMISAH,  NUR AISHAH,  IZZAH NUR AIDA, AHMAD ZULFADZLI, MOHD ZULHADI, MOHD SUHAIMI , dan yang penting sekali lecturer sendiri pon ikuttt….mereka ialah PROF MADYA DR.RAZALEIGH &PUAN NAHARIAH ( ISTERI) & ADAM ( ANAK), DR.’ADAWIYAH ISMAIL & UST.UBAIDILLAH (SUAMI), dan turut sama kakitangan JPDK sendiri PUAN SABARIAH & MOHD ASRI (ANAK) serta PUAN NORAINI (k.ani)….total up sumenya>>lengkaplah 15 orang satu rombongan…tidak lupa juga yang mengiringi kami dengan USAHA dan DOA iaitu UST.MARLON YUSOF sertaaa barisan lecturer, mak abah dan sahabat-sahabat seperjuangan….paling penting, saya terharuu sangat2 pd hari kejadian bersamaan 6 APRIL 2012, apabila  MAK n ABAH saya termasuk KAZEN saya  se-family datang tuk hantar rombongan kami ke LCCT…masa tu juga ABAH saya demam lagi…. :( ..berat juga hati nak tinggal MALAYSIA……huhu..namun, misi tetap diteruskan kerana amanah perlu dilaksana….,,, jadi, doa jelaa sebagai penguat tuk ABAH saya, family, kazen saya n sume yang same2 menghantar kami ke LCCT..…memang tak terbalas rasanya masa yang dikorbankan itu….tanpa kalian, memang tidak akan terlaksana semuanya…ALHAMDULILLAH….maka, berangkatlah kami dalam satu rombongan ke MELBOURNE, AUSTRALIA pada 6 APRIL 2012 (JUMAAT). Sebelum g LCCT, Jam 8.30 a.m, kami sume dikehendaki berkumpul di FPI…tunggu bus n sume barang2 dah siap….depan FPI kami jumpa sume…ada juga pensyarah dan kawan2 yang turun tuk iringi…doa daripada mereka amatlah kami harapkan…jam 9.00 a.m….kami bertolak ke LCCT.


*PROF.  MADYA DR. RAZAK IDRIS memberi kata-kata semngat..:)



*UST. MARLON YUSOF dan YDP JAKMA serta  sesi 2011/12 turut hadir..tq..:)



*SKUAD KEMBARA DAIE MELBOURNE, AUSTRALIA*



*abah saya yang demam, mak, adik2 n kazen saya n family…<3

   Continue to my story...> sebenarnya,..FLIGHT pukul 1.40 p.m…kene pegi awal sebab banyak urusan kena wat kt LCCT…tak semudah naek bus balik kampung je...mcam2 kena wat…cek tiket, passport, visa, scan, wrap bagasi, check in, n tunggu masa msuk…sume urusan perlukan masa yang lama disebabkan penumpang BELON bukan hanya kami sahaja….haha…ramai jgk kn….sabarr jalah……tapi…nasib baik tak delay lama…perjalanan diteruskan seperti mana yang telah dirancang…
Dengan bismillah kami mulakan kembara ini…..doa sentiasa di hati….……ALHAMDULILLAH, setelah 8 jam di awangannn, solat, makan, tido, bangun, n berborak…..tup2,..selamat mendarat di MELBOURNE AIRPORT jam 9.00 malam (waktu MALAYSIA) dan 11.00 pm (waktu MELDOURNE) …..dah lewat malam…rasenya, macam kitorang saja yang last check out dari airport sebab time tu memang sunyi dah airport nya…..haha….yg UNIKNYA kt airport tu, suma barang, luggages, handbag, makanan sume di SCAN oleh “anjing” yang terlatih….hebattkan…seram jugaa…..tkut die gigittt….haha…klo setakat kucing takpe lagii…..bayangkan anjinggg…nasib baek bukan BULLDOG yang gigit orang tu…DAHSYATTTTT….tapii..memang hebatlah anjing tuu…pakar lg daripada MESIN SCAN yang ada kot….sebab tu diupahnya anjing..:) memangg hilanglah mngantuk bila sampai sana…mula-mula pening juga ngan waktu die…nape sunyi sngat airport time tu..rupa2 nya dah pkul 11.00 kan...mmg xramailah…..perubahan WAKTU n CUACA mula TERASA….



*BENDERA UKM @ MELBOURNE AIRPORT…..KEMBARA DAIE TEAMs..:) 11.00 pm *



*UKM-MALAYSIA-MELBOURNE-AUSTRALIA*6 APRIL 2012


* di luar airport…^_^




*umi bertemu HAJI SALEM SALIKIN (PENGERUSI WAKAF MELAYU VICTORIA)…pihak yang terlibat dengan program ini..




*sementara menunggu ketibaan adik umi…UNCLE KAMSANI..<3

   Jam 12.00 a.m, Uncle Sani tiba dan kami terus bertolak balik ke rumahnya yang terletak di DANDENONG CITY….jaun juga dari perjalanan dari airport ke rumah uncle rupanya…hampir jam 2.00 a.m baru sampai umah…memang tak tido lam kete sebab teruja nak tengok scenery of MELBOURNE untuk pertama kalinyaa…. ALHAMDULILLAH…brjuta kesyukuran dipanjatkan untukNYA kerana selamat sampai ke BUMI AUSTRALIA dan diberi peluang untuk merasai nikmat ini….dipendekkan cerita, sampai saja umah Uncle Sani, kami dihidangkan PIZZA & TEH O PANAS (umi Kamisah bancuhkan teh BLUEBERRY)  yang memang menyelerakan….TQ UNCLE SANI n UMI….:) selesai makan, minum, n bertaaruf ngan UNCLE SANI….masing2 melayari bahtera n xsabarr nak menanti esok hari ^_^ ….



*RUMAH UNCLE KAMSANI di Melbourne……n tiga set PIZZA menanti tetamu…^_




*UMI bancuh teh n yang 4 orang tu peminumnyaa….hehe…TQ UMI …^_^




Sekian,,,TAMMAT SUDAH alkisah HARI PERTAMA yang begitu menceriakan…doaku moga hari2 mendatang dipermudahkan dan dalam rahmatNya sentiasa….INSYAALLAH, jika berkesempatan, saya akan share lagi apa yang kami wat di SANA selama lebih kurang 9 hari di sana…^_^ 



to be continue.........



P/S : ENTRI saya kali ini tidak langsung bertujuan untuk menyinggung hati mana-mana pihak dan sahabat saya yang membaca…maaf saya pinta jika ada tulisann saya mengguris hati anda semua,…memang niat di hati untuk berkongsi pengalaman yang saya n sahabat dapat apabila merantau ke Negara orang….memang tidak dinafikan, setiap orang merasai pengalaman berbeza..saya kongsi apa yang saya rasa dan hadapi kat sana…mungkin ada kelemahan dan kekurangannya…tapi, inilah PENGALAMAN SAYA yang paling berharga setelah menjadi salah seorang PELAJAR di UKM……
Di kesempatan ini, saya nak minta maaf banyak2 kepada semua sahabat seperjuangan saya yang sama2 berjuang di UKM ni atas segala kekhilafan diri dan segalanya yang membuatkan sahbt mungkin berkecil hati dengan saya tanpa disedari sepanjang perkenalan kita….MAAF3, SORRY, ASIFF JIDDAN…..
Selamat menduduki PEPERIKSAAN AKHIR ini dengan cemerlang…moga ALLAH memberkati USAHA kita….
DOAKAN KEJAYAAN BERSAMA…..BITTAUFIQ WANNAJAH…
AKHIR KATA…>>>
“MOGA UKHWAH YANG TERBINA BERSEMI KE AKHIRNYA (DUNIA AKHIRAT)” …AMINNNN…INSYAALLAH….
UHIBBUKUM FILLAH ABADAN ABADA….<3




nur syazana bt abdullah
nydp3 jakma.







Berita Harian Online