Pages

Monday, 9 December 2013

MENJEJAK NEGERI KENYALANG


MENJEJAK NEGERI KENYALANG

Assalamualaikum w.b.t.,
Syukur kepada Allah s.w.t atas kurniaanNya dapat saya nukilkan setinta pengalaman kami menjalani program Jelajah Mahasiswa Prihatin Sarawak 2013. Program yang diadakan di Sarawak ini dijalankan selama lima hari bermula 21 November 2013 hingga 25 November 2013. Hasil kerjasama daripada semua urusetia dan sokogan daripada para pensyarah, Alhamdulillah program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya. Beberapa aktiviti yang dijalankan seperti Dialog Mahasiswa UKM-IKMAS yang bertemakan Dakwah Kontemporari, Ramah mesra bersama Warga Tua di Pusat Pemulihan Sarawak, lawatan ke tempat-tempat menarik di Sarawak, dan lain-lain lagi.



            Program Jelajah Mahasiswa Prihatin yang diadakan di Sarawak turut memberikan kami peluang untuk menghubung silaturahim bersama warga Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS) dan Pusat Latihan Sarawak (PLS). Kami dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi ilmu dan pengalaman di samping memberi sokongan kepada para pelajar di sana untuk bergiat terus dalam bidang dakwah. Kami juga berpeluang untuk melawati kawasan sekitar dan kemudahan-kemudahan yang disediakan di IKMAS.








    Aktiviti seterusnya diteruskan pada hari ketiga di Pusat Pemulihan Sarawak yang terletak di Samarahan (if im not wrong). Mengunjungi warga tua di sana, memberikan kami seribu satu perasaan yang tidak mampu diungkapkan. Melihat keadaan mereka, sejujurnya membuatkan saya rindu pada ahli keluarga saya. Kami cuba mendalami perasaan mereka sambil membekalkan mereka kuih-muih dan air kotak sebagai buah tangan. 







            “Nenek tak nak apa-apa, cukuplah kamu datang tengok nenek”
Sayu. Mereka benar perlukan perhatian kita. Harap budi kami yang sedikit ini dihitung disisi tuhan.




  
            Alhamdulillah, diberikan nikmat dari Nya untuk kami menjejak ke tempat-tempat perlancongan yang terletak di Sarawak. Beberapa tempat yang menarik yang sempat untuk kami kunjungi seperti Kampung Budaya, Kampung Boyan dan kawasan sekitarnya. Kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur jam 4 petang menaiki pesawat Malindo Air pada keesokan harinya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta yang bertungkus-lumus mengadakan program yang memberi manfaat kepada para pelajar. Tidak lupa ucapan terima kasih buat para pensyarah kami terutama Prof. Madya Dr. Fariza Bt Md. Sham, penyelia program ini di atas sokongan dan semangat yang tidak jemu dalam menjayakan program ini.





Menjejak bumi Kenyalang
Demi mencari keagungan tuhan
Aku kenal beribu kawan
Dan aku belajar meraih perbezaan


Biarlah kita berbeza
Tapi harapku agenda kita sekata
Di bumi terpisah jauh
Yakinlah langit kita tetap sama
Diterangi mentari yang serupa
Dipeluk malam yang gelita
Moga ukhwah ini kekal ke syurga

                *Salam buat mereka di seberang sana. Moga ketemu lagi yaaa~Senyum

Siti Aisyah Binti Mahmud
Tahun 3/Kaunseling

Wednesday, 16 January 2013

PENYAKIT HATI


Kejahatan lidah adalah di antara wabak penyakit yang amat berbahaya. Ia terhasil daripada penyakit hati yang diharamkan di dalam Islam sebagai salah satu daripada kejahatan batin.

Allah SWT berfirman dalam surah al-A'raaf ayat 33 :
ö@è% $yJ¯RÎ) tP§ym }În/u |·Ïmºuqxÿø9$# $tB tygsß $pk÷]ÏB $tBur z`sÜt/ zNøOM}$#ur zÓøöt7ø9$#ur ÎŽötóÎ/ Èd,yÛø9$# br&ur (#qä.ÎŽô³è@ «!$$Î/ $tB óOs9 öAÍit\ム¾ÏmÎ/ $YZ»sÜù=ß br&ur (#qä9qà)s? n?tã «!$# $tB Ÿw tbqçHs>÷ès? ÇÌÌÈ  
Maksudnya: katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan Yang keji, sama ada Yang nyata atau Yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh Dengan tidak ada alasan Yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu Dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang Bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu Yang kamu tidak mengetahuinya.

          Segala bentuk kejahatan hati sangat ditegah dalam Islam. Dengki dengan kesenangan orang lain, memburukkan orang lain tanpa manfaat pahala, semua itu hanya mengundang kemurkaan Allah SWT. Terdapat beberapa tanda apabila kita sudah mengalami penyakit hati. Antaranya ialah:
v  Malas untuk melakukan ketaatan dan amal kebaikan
v  Berlebihan mencintai dunia daripada akhirat
v  Hati menjadi keras, apatah lagi bergaul dengan orang yang melakukan maksiat
v  Meremehkan dosa kecil
v  Tidak kisah tentang sumber makanan sama ada halal atau haram.
          Penyakit hati menyebabkan hati kita menjadi keras. Apapun kebaikan yang kita lakukan, kita akan tidak merasa nikmatnya. Malahan hati kita lebih cenderung kepada untuk melakukan kemaksiatan.
Ada empat tahap virus yang merosakkan hati manusia yakni, rasa bersalah dengan dosa, rasa biasa dengan dosa, rasa seronok dengan dosa, dan jadi pembela kepada dosa. MasyaAllah, hati kita sudah di tahap mana? Bersama-samalah kita renungkan satu persatu.
v  Rasa bersalah dengan dosa
Pertama kali berbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah.  Jiwa resah kerana diri menentang fitrah.  Fitrah semulajadi manusia adalah baik (sewaktu di alam roh dan mula mula dilahirkan ke muka bumi ini). Jadi apabila fitrah ini dikotori, manusia seolah olah menentang hati kecilnya sendiri.

v  Rasa biasa dengan dosa

Namun rasa berdosa itu tidak lama, Jika dosa yang sama itu dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya, rasa bersalah itu akan hilang sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa.  Rasa bersalah tidak akan datang lagi.

v  Rasa seronok dengan dosa

Dosa itu “racun” yang disalut kemanisan dan keindahan.  Dosa yang dilazimkan tidak akan terhenti kesannya pada hati.  Dari tahap terbiasa dengan dosa, “penyakit” hati akan meningkat setahap lagi, yakni pada tahap ketiga: Seronok dan rasa indah dengan dosa.
Pada tahap ini, diri manusia itu sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukan dosa.  Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, menghantui hati.  Racun dosa akan bertukar menjadi nikmat. Tiada lagi rasa bersalah

v  Jadi pembela kepada dosa
Nafsu tidak pernah puas.  Kehendaknya tiada batas.  Syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah tidur.  Usahanya tidak pernah kendur.  Lalu apabila syaitan meluncur laju di “lebuh raya” nafsu dengan “kenderaan” sifat sifat mazmumah, hati yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk “maju” setapak lagi.  Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan tenat.  Keseronokan dosa itu menyebabkan pelakunya menjadi pembela dan pejuangnya.

          Oleh itu, Awas!! Hati yang sakit lama kelamaan akan menjadi buta.  Hati yang semacam ini sangat keras kerana mazmumah.  Sudah semakin membarah menjadi syirik, kafir dan munafik. 

Berita Harian Online