Pages

Saturday, 29 September 2012

Hati VS Akal

Assalamualaikum..

manusia sering berbicara mengenai hati dan perasaan dan banyak pandangan dan pendapat yang telah dilontarkan. Harus kita semua ketahui bahawasanya hati dan perasaan itu adalah sesuatu yang sukar dimegertikan dan tiada definisi khusus untuknya. Ramai manusia yang tertipu dengan hati dan perasaan masing-masing. Hati dan perasaan adalah suatu gumpalan darah yang suci dan bersih, namun pabila manusia kian luntur sifat malu dan tawaddu'nya, mudahlah hati ini kian kotor kerana melakukan dosa kecil mahupun besar.

Hati dan perasaan ini adalah kontra kepada akal dan fikiran. Akal fikiran adalah pembeza antara manusia dan haiwan sedangkan hati dan perasaan Allah kurniakan kepada seluruh makhluknya. Hati manusia sering berasa tidak mencukupi terhadap sesuatu. Kadangkala apa yang menjadi rezeki kepada kita ataupun yang ditentukan kepada kita, seringkali kita merasakan tidak mencukupi sehinggalah menjadi bak kata pepatah "Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran".

Hati-hati kita perlu sedar bahawasanya setiap yang ditentukan pada kita adalah yang terbaik daripada Allah kerana allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

sebelum menurut kata hati, berkomunikasilah dengan akal dan fikiran kerana akal fikiran adalah penentu dan pe"neutral" setiap tingkah laku kita.

sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar kita dikurniakan akal fikiran yang sihat agar dapat kita mengawal hati dan perasaan yang menjadi tempat letaknya hawa nafsu..


 mohd suhaimi sautar
exco ict & penerbitan

Wednesday, 19 September 2012

Indahnya satu senyuman ^_^

Bismillahirrahmanirrahim... assalamualaikum wbt..

 Daripada Jabir Samurah RA berkata: "Rasulullah SAW tidak pernah tertawa selain dari pada senyuman" (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Hakim)


Untuk entry kali ni saya nak cakap tentang senyum je ... nampak simple tapi sebenarnya kekuatan senyuman nie sangat hebat.. dengan hanya satu senyuman seseorang itu mampu melembutkan hati yang keras dan dengan senyuman juga mampu mencipta ukhwah berpanjangan.. senyumlah sahabat2 kerana kita tidak tahu hati mana yang terubat dengan senyuman yang kita berikan... susah ke untuk senyum? tak susah pun kan~ tapi kalau rasa susah ..kat sini saya ada gariskan beberapa langkah mudah untuk senyum...try it ok ^_^


 

NOOR SUHADA BINTI AZIZ
TIMB. EXCO LAD & EKONOMI

Thursday, 16 August 2012

Salam 'Aidilfitri



Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Ali-Imran: 133)....

Tibanya Syawal bererti berpulangnya Ramadhan. Bak kata pepatah:
Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya.Yang patah kan tumbuh..yang hilang kan berganti...Begitulah sunnatullah yang melingkari setiap kehidupan mahkluk di muka bumi ini. Syawal yang menjelma menandakan masanya sudah tiba buat Ramadhan..bulan rahmah telah pergi. Bulan barakah dirindu kembali..bulan pengampunan dari Ilahi..buat bekal diri di esok hari di kemudian nanti..rebutlah peluang dalam meniti penghujung ramadhan agar perolehi kemenangan yg hakiki.."Salam al-Qadr & Salam Aidilfitri"

Dikesempatan ini, kami daripada seluruh warga dan Saf Kepimpinan Jawatankuasa Kepimpinan Mahasiswa (Jakma) Kelab Pengajian Dakwah dan Kepimpinan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.. semoga amalan kita diterima dan mendapat keredhaan-Nya.. Kekalkan tarbiyah ramadhani dlm diri.. moga2 beroleh kemenangan yg hakiki.. firman Allah.."Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)  Aamiin... 



Tuesday, 14 August 2012

Sejarah Penubuhan JAKMA


Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan (JPDK) merupakan salah satu daripada lima buah Jabatan di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ditubuhkan pada sesi pengajian 1979/80 dengan hanya lima orang tenaga pengajar. Jabatan ini telah berkembang pesat hingga mampu melahirkan ramai mahasiswa/siswi yang mahir dalam pelbagai bidang, baik di peringkat pra-siswazah mahupun pasca-siswazah.

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan bermula sebagai satu cadangan dari kakitangan akademik di Jabatan Usuluddin dan Falsafah. Kertas kerja penubuhannya yang dinamakan Rancangan Penubuhan Jabatan Sains Dakwah dan Kepimpinan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Fakulti Pengajian Islam yang ke-20 pada 1 Mac 1976

Pihak Universiti telah menubuhkan Lembaga Pengkajian Penubuhan Jabatan Sains Dakwah dan Kepimpinan (LPPJSDK) khusus untuk mengkaji keperluan terhadap penubuhan JPDK serta sumbangan yang dapat dihasilkan

LPPJSDK telah mengadakan mesyuarat sebanyak tiga kali. setelah berpuashati dengan kemantapan hujah pentingnya JPDK kepada masyarakat dan negara serta pembetulan terhadap format kertas kerja dan isi kandungannya, LPPJSDK telah menghantar kepada Senat, Majlis Universiti dan Kementerian Pelajaran. Laporan ini menyatakan hasil kajian LPPJSDK yang positif terhadap penubuhan JPDK

Akhirnya, pihak Majlis Universiti dak Kementerian mengeluarkan kelulusan masing-masing dan JPDK ditubuhkan dengan rasminya pada sesi Pengajian 1979/80 iaitu 11 Jun 1979.

Seterusnya JPDK telah semakin berkembang dan menjadi sebuah jabatan yang aktif.

Sunday, 26 February 2012

Jadilah pendengar yang mendengar

Jadilah pendengar yang mendengar
Bukan semua orang dikurniakan nikmat untuk menjadi pendengar yang setia. 
Mungkin ada yang menjadi pendengar, tetapi bukan sentiasa.. ada yang menjadi pendengar, tetapi tengok masa. Ada juga yang menjadi pendengar, tetapi bukan untuk semua yg ada di sekelilingnya..
Insyaallah, entry kali ini, kami akan cuba memberi perkongsian tentang baiknya menjadi pendengar.. 

1.  
  1. Membantu individu yg bermasalah tersebut berasa lebih yakin
  2.  Menjadikannya merasa dihargai
  3. Mendidik hati kita sendiri utk menjadi seorang yg sabar 
  4.  Mampu menilai perkara sama ada baik atau buruk 
  5.  Mempersiapkan diri kita dgn pelbagai dugaan yg kita tidak pernah tahu. *mungkin belum pernah kita alami, tetapi dialami oleh sahabat kita itu sendiri.Menjadikan fikiran lebih matang, berpandangan jauh serta berfikiran terbuka
  6.  . Lebih mudah didekati Mendidik sifat penyayang serta semangat kekitaan yg tinggi
Tak susah juga kalau kita nak jd pendengar yg setia.. Pelbagai cara boleh kita buat. Contohnya la kan:   
  •  Tumpukan perhatian yg sepenuhnyaJangan sesekali memberi pandangan yg negatif.. cth la kan.. “A:aku ternampak kucing tadi. Kesian sangat aku tengok.. B: ala.. biar je la kucing tu, bukan ada kaitan dgn ngko pun”.
  •  Bertanyakan soalan
  •  Berikan sokongan kepadanya 
  • Diam dan jangan berkata apa-apa. Dengar sahaja apa yg diperkatakan..
  •  
Oleh itu, utk kita didengar, kita hendaklah mendengar. Kadang-kadang manusia itu tidak berminat utk menjadi pendengar yg setia utk kita, tapi jgn risau.. sebab Allah SWT tetap ada utk mendengar segala isi hati kita..Insyaallah.
“God is the best listener.. you don't need to shout or cry loud, because Allah hears even the silent prayer of a sincere heart”.
_____________terima kasih______Timbalan Setiausaha JAKMA 2011/2012..(cik Gee)



Sunday, 4 December 2011

Pantun Dakwah



Berguna hidup karena beradat
Adat lembaga jadi pakaian
Sempurna hidup karena syahadat
Syahadat dijaga mengokohkan iman

Adat mati dikandung tanah
Dunia tinggal harta pun tinggal
Selamat mati mengandung ibadah
Banyak amal banyak bekal

Adat orang berjalan malam
Ada suluh jadi pedoman
Adat orang beragama Islam
Ada petunjuk menerangi iman

Orang berkain menutup aurat
Sesuai dengan petuah hadis
Orang muslimin hidup beradat
Lakunya sopan mukanya manis

Di bulan Ramadhan orang tarawih
Sudah sembahyang membaca Qur'an
Orang beriman hidupnya salih
Dadanya lapang lakunya sopan

Di bulan Ramadhan orang tadarus
Membaca Qur'an beramai-ramai
Orang beriman hatinya lurus
Duduk berjalan elok perangai

Di bulan Ramadhan banyak bertobat
Memohonkan ampun kepada Allah
Orang beriman hidup bermanfaat
Sembarang kerja membawa faedah

Di bulan Ramadhan orang puasa
Menahan selera mengekang nafsu
Orang beriman hidup sentosa
Kepada Allah tempat bertumpu

Di bulan Ramadhan banyakkan amal
Supaya dosa diampunkan Tuhan
Orang beriman hidup berakal
Menggunakan usia untuk kebaikan

Siapa kokoh memegang iman
Hidup matinya tidakkan sesat
Siapa senonoh menyembah Tuhan
Dunia akhirat badan selamat

Siapa melangkah di jalan Tuhan
Ke mana pergi badan selamat
Siapa amanah dalam kebenaran
Tuah terdiri iman melekat

Siapa memakai adat lembaga
Ke mana pergi disayangi orang
Siapa pandai syariat agama
Hidup mati tidak terbuang

Siapa kokoh memegang adat
Ke mana pergi hidup semenggah
Siapa senonoh dalam ibadat
Hidup dan mati beroleh berkah

Siapa suka duduk mengaji
Banyaklah ilmu dapat dikenang
Siapa suka mengelokkan budi
Ke hilir ke hulu disayangi orang

Siapa suka memegang adat
Mulialah sifat dengan karenah
Siapa suka sembahyang sunnat
Pahala dapat iman bertambah

Elok adat karena dikaji
Elok kaji karena sunnah
Elok ummat karena berbudi
Elok berbudi karena lillah

Elok budi karena ikhlas
Elok kerja karena niat
Elok kaji karena dibahas
Elok manusia karena syariat

Elok langkah karena pedoman
Elok laku karena beramal
Elok manusia karena beriman
Elok ilmu karena beramal

Elok kaki dapat melangkah
Elok tangan dapat memegang
Elok hati mengingat Allah
Elok iman tiada bergoyang

Buah yang mabuk jangan dimakan
Batang berduri jangan dipanjat
Bertuah hidup dikandung iman
Tertuah mati dalam ibadat

Pandai-pandai menjaga diri
Lubang banyak di tengah jalan
Orang pandai tahukan diri
Hidup berakal mati beriman

Jangan suka memfitnah orang
Orang benci Tuhan pun murka
. Jangan suka melalaikan sembahyang
Bila mati masuk neraka

Kalau suka berbuat fitnah
Ke mana pergi orang mengutuk
Kalau suka berniat salah
Dunia akhirat badan terpuruk

Kalau suka menenggang kawan
Segala sahabat akan mendekat
Kalau suka mengenang Tuhan
Pahala dapat hidup selamat

Kalau hendak mencari kawan
Carilah kawan sampai ke kubur
Kalau hendak mencari Tuhan
Patrilah iman banyakkan tafakur

Kalau menyangkal petuah ibu
Hidup sesat dunia akhirat
Kalau beramal tidak berilmu
Pikiran tumpat pahala tak dapat

Kalau durhaka ke orangtua
Celaka tiba kutuk pun datang
Kalau menyalah kepada agama
Di dunia hina di akhirat malang

Jangan ditentang ibu dan bapak
Bila ditentang badan melarat
Jangan dibuang hukum dan syarak
Bila dibuang datanglah laknat

Pada saudara hendaklah sayang
Pada sahabat hendaklah minat
Pada agama banyaklah sembahyang
Pada ibadat luruskan niat

Kalau terbang tinggi-tinggi
Ingat-ingat bumi di bawah
Kalau sembahyang luruskan hati
Dalam ibadat turuti sunnah

Kalau tidur meninggi hari
Rezeki menjauh langkah pun singkat
Kalau takabur menyelimut hati
Iman jatuh ibadah pun sesat

Kalau suka berbuat maksiat
Alamat hidup akan celaka
Kalau suka meninggalkan ibadat
Alamat badan masuk neraka



Saturday, 3 December 2011

Interaksi JAKMA UKM- Unisza Terengganu.



program interaksi JAKMA bersama UNISZA..alhamdulillah satu lg hubungan telah terjalin..semoga ukhuwah ini akan berkekalan..Amiiinn~~

Tarikh : 3 Disember 2011
tempat : BSS1. FPI, UKM

terima kasih pada semua yang menjayakan interaksi kita kali ini...

Berita Harian Online