Pages

Tuesday, 18 December 2012

JANGAN MERASA PALING HEBAT


JANGAN MERASA PALING HEBAT

“Dan janganlah engkau memalingkan wajahmu dari manusia (keranasombong), dan janganlah berjalan dengan angkuh.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang angkuh dan menyombongkan diri.”
(Luqman: 18)

Cerita yang mungkin anda pernah terbaca,tapi tak diambil pengajarannya:::
Suatu hari seorang Profesor menyewa sebuah sampan untukmembuat penyelidikan di tengah lautan. Nelayan itu merupakan lelaki tua yang sangat pendiam. Profesor sengaja mengupah lelaki tua itu kerana dia tidak mahu orang yang menemaninya banyak bertanya tentang apa yang dialakukannya.                    
Dengan tekun Profesor itu melakukan tugasnya tanpa menghiraukan nelayan.Dia mengambil air laut dan diisi kedalam tabung uji, digoncang-goncang, kemudian mencatat sesuatu di dalam buku catatan yang dibawanya. Berjam-jam lamanya Profesor itu melakukan ujikaji dengan tekun sekali.Nelayan mendongak kelangit, memandang pada awan yang mulai berarak kelabu.Dalam hati dia berkata “Hmm..tak lama hujan lebat akanturun..”
“OK semua sudah siap mari kita balik.” Lantas nelayan itu menolak arus dan menuk arah sampan nya dan mulai mendayung kearah pantai.Dalam perjalanan itu baru Profesor itu membuka mulut menegur nelayan tersebut.

“Dah lama kamu mendayung  sampan?”Tanya Profesor kepada nelayan. “Hmm..hampir seumur hidupku,” jawab sinelayan ringkas. “Seumurhidup kamu?Jadi kamu tidak tahuapa-apa selain menangkap ikan dan mendayung sampan?”Tanya professor itu lagi.“Ya…” jawab nelayan dengan ringkas.
Profesor belum berpuas hati dengan jawapan nelayan tua itu.“Kamu tahu Geografi?”Sinelayan menggeleng… “Kalau begitu kamu hilang 25% dari usia hidup kamu.”“Kamu tahu biologi?”Tanya professor itu lagi.Nelayan itu menggeleng kepala lagi.“Kasihan kamu telah kehilangan 50% dari usia kamu.”

“Kamu tahu Fizik?”Profesor itu masih bertanya.Seperti tadi nelayan itu hanya menggeleng.“Sungguh kesian, kalau begitu kamu telah kehilangan 75% usia kamu. Malang sungguh nasib kamu semuanya tidak tahu.Seluruh hidup kamu hanya dihabiskan dengan sampan, takde guna nya lagi,” Profesor itu mengejek dan berkata dengan angkuh setelah merasakan dirinya yang terhebat. Nelayan hanya mendiamkan diri.

Selang beberapa minit kemudian hujan turun dengan lebat, tiba-tiba ombak besar datang melanda.Sampan yang mereka naiki terbalik. Profesor dan nelayan terpelanting. Sempat pula nelayantua itu bertanya, “Kamu tahu berenang?”Profesor hanya menggeleng. “saying sekali kamu telah kehilangan 100% nyawakamu,” Kata nelayan itu sambil berenang kepantai meninggalkan Profesor yang angkuh tadi.

“Barangsiapa yang merasa sombong akan dirinya atau angkuh dalam berjalan, dia akan bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan Allah murka terhadapnya.”
(HR. Ahmad, dishahihkan olehAsy- Syaikh Al-Albani dalamShahih Al-Adabul Mufrad no. 427)

Kesombongan bukanlah pada orang yang senang dengan keindahan. Akan tetapi, kesombongan adalah menentang  agama Allah dan merendahkan hamba-hambaAllah .

Demikian yang dijelaskan oleh Rasulullah tatkala baginda ditanya oleh ‘Abdullah bin ‘Umar , “Apakah sombong itu bila seseorang memiliki perhiasan yang dikenakannya?” Beliaumenjawab, “Tidak.”“Apakah bila seseorang memiliki dua sandal yang bagus dengan tali sandalnya yang bagus?”“Tidak.” “Apakah bila seseorang memiliki binatang tunggangan( kendaraan ) yang dikendarainya?” “Tidak.”“Apakah bila seseorang memiliki teman-teman yang biasa duduk bersamanya?”“Tidak.” “Wahai Rasulullah, lalu apakah kesombongan itu?” Kemudian baginda menjawab: “Meremehkan kebenaran dan merendahkan manusia





Friday, 7 December 2012

KEBERSAMAAN ITU INDAH

Apabila kita mengerti prioriti bermakna kita memahami kehendak semasa yang dituntut oleh umat Islam. Masyarakat Islam kini banyak keciciran perkara-perkara prinsip Islam. Amat tidak bijak bagi mereka yang mendahulukan perkara cabang sebagai topik utama yang akan menyebabkan masyarakat awam ‘sakit perut’ berupa perpecahan serta salah faham terhadap prinsip Islam. Justeru, carilah titik persamaan sesama kita dan elakkan dari mencetuskan perkara-perkara yang boleh menimbulkan perbalahan.

Perpaduan Islam hanya dapat dicapai melalui al-Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. kepada umatnya. Sorotan sejarah telah membuktikan bahawa faktor kegemilangan dan kejayaan  umat Islam disebabkan ketaatan mereka kepada ajaran Islam  manakala kecemerlangan bangsa barat disebabkan jauhnya mereka dari pegangan agama mereka. Sesungguhnya Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Ali-Imran 3: 103)



Sesungguhnya kesatuan Islam adalah satu keperluan untuk mengembalikan kegemilangan Ummah dan merealisasikan peranannya dalam memimpin manusia untuk merealisasikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Kesatuan juga merupakan satu keperluan untuk menghadapi bahaya-bahaya dahsyat yang disasarkan kepada umat Islam oleh musuh-musuhnya yang ramai dan bersekutu. Kesatuan Islam sepatutnya dibina di atas asas-asas agama dengan cara memahami realiti dunia masa kini, mengenali tabiat serangan padanya, menentukan faktor-faktor yang membawa kepada kesatuan ini dan menentukan halangan-halangan yang menghalang perealisasiannya.


Monday, 19 November 2012

GADIS SEJATI


Gadisku…
 sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu, namun … tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!! duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku…
 aku suka kau sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt… hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’, bibirmu dengan tilawatilqur’ an dan zirullah, matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan langit, telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan ma’rifat kepadaNya, akalmu tafakkur dan tadabbur setiap bait2 Kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Wajhullah Taala…

Ingatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya dengan pandangan nafsu dan syahwat melainkan bertambahnya keiamanan salah seorang antara mereka. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah… umpama mutiara yang di dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…

Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insane yang bernama Adam. Namun …. ianya memerlukan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi title gadis yang kau miliki, sudah pasti darah mudamu mencaar rasa keimanan yang ada.

Maka ingatlah wahai gadisku bahawa sesiapa yang ingkarkan kebaikan maka Allah akan memudahkan jalan2ke arah itu, yang penting engkau mesti berharap hanya kepada Allah dan istiqamah dalam riadhah mujahadah dirimu itu.

Gadisku…
 aku adalah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan kaum lelaki… seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu… sesungguhnya Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita”.



Oleh itu gadisku, 
setiap langkah dan pakaianmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah, jangan biarkan orang mengekploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu… sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam… kau adalah harapan ummah dalam melahir dan membentuk mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia haya dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku…
 dalam hidupmu pastinya kau ingin disayangi dan menyayangi, itulah anugerah dan fitrah semulajadi setiap insani namun ramai antara kamu tewas kerana cinta… bercinta itu tiada yang salahnya tapi memuja cinta itulah yang salah… kerana dengan cinta manusia sanggup menjual ugama dan kerana cinta maruah diri yang begitu bernilai dan berharga di gadaikan hanya kerana dengan sedikit kata2 manis dari seorang lelaki. Gejala murtad dan keruntuhan akhlak muda-mudi sebahagiannya adalah di sebabkan cinta. Benarlah sabda Rasulullah : “Adapun bermula cinta itu buta”.

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang Hak dan yang Batil apabila kau letakkan cinta itu di atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah. Sebelum kau mendekati cinta yang majazi ini, cintailah dirimu terlebih dahulu dengan mengkaji hakikat dirimu yang akan membawa dan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang kepada sang Pencinta sebenar iaitu Penciptamu.

Gadisku
mencintai ALllah dan Rasul-Nya melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila di berikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak lantas terburai hancur, tapi apabila hatimu di serahkan kepada Allah ia akan bertaut kembali …

Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak mampu bertapak di hati2 mereka yang penuh dengan karat2 dosa kepada Penciptanya. buat akhirnya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabi’atul Adawiyyah sebagai renungan kita bersama dalam menuju ke hadrat Ilahi.. : “Cintakan manusia itu sesekali tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal, cinta seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa zahir dan batin. Oleh kerana itu, tiada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian yang sebenar dan kenikmatan yang akan menghancurkan segala kenangan2 buruk melainkan hanya CINTA kepada PENCIPTA dan PENCINTA sejati dan abadi…


 BIRO KEROHANIAN & KEBAJIKAN 2012/2013






Tuesday, 6 November 2012

Kamu Boleh Buat Maksiat Tapi Bersyarat, Jika Lepas Syarat Ini Dipersilakan Untuk Melakukan Maksiat

  Apa itu maksiat? Kalau ditanya pasal maksiat mesti ramai yang berfikir bahawa maksiat itu seperti berzina, berdating dan sebagainya. Namun, maksiat ini mempunyai skop yang lebih luas. Segala perkara yang boleh mendatangkan dosa adalah maksiat.

     Dalam kitab Al-Tazkirah Fi Ahwal Al Mawta Wa Umur Al-Akhirah oleh Imam Al-Qurtubi, diceritakan bahawa seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat, iaitu Ibrahim Adham. Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat.

Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham, “Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat” :

1) Jangan kamu makan rezeki Allah s.w.t

- Kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah s.w.t. derhaka kpd Allah s.w.t.

2) Jangan kamu tinggal di bumi Allah s.w.t.

 -Kerana tidak layak org yang tinggal di bumi Allah s.w.t. melakukan maksiat dan penderhakaan  kepada-NYA.

3) Buatlah maksiat di tempat yang Allah s.w.t. tidak nampak akan kamu.

4) Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu, maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat.

-Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.

5) Sekiranya malaikat zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dlm neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutnya. 

-Sekiranya engkau dapat berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.

Setelah mendengar kata-kata tersebut, lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seseorang hamba Allah s.w.t untuk melakukan maksiat kepada- NYA. Akhirnya, lelaki itu menemui jalan hidayah. Dia bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Sejak itu, dia bersegera menuntut ilmu dan beramal serta menjadi hamba Allah s.w.t. yang soleh. 





Exco sukan & Rekreasi
Mohamad Fazullah b. Spawi

Tuesday, 23 October 2012

JANGAN BERDUKACITA KERANA SESUNGGUHNYA DUNIA TERLALU HINA UNTUK MEMBUAT ANDA BERSEDIH HATI

Ibnu al-Mubarak, seorang alim yang sangat masyhur itu berkata: 

Puisi Adi Bin Zaid lebih aku sukai dari istana Amir Tahir bin al-Husain jika istana itu milikku.
Puisi yang bagus dan mempesona itu menyebut seperti berikut:

"Wahai orang yang mencela dan menghina orang lain, adakah engkau lepas dari ujian dan cubaan?

Atau engkau punya janji kuat dari hari-hari? Engkau adalah orang  bodoh dan tertipu.
Maksudnya: Wahai orang yang selalu menghina dan memperkecilkan orang lain, adakah anda terikat janji supaya tidak ditimpa musibah seperti merek? Atau hari-hari sudah member jaminan untuk keselamatan anda dari berbagai-bagai bencana dan cubaa? Lantas mengapa anda selalu mencela?

Menurut satu hadis sahih ada disebut, ertinya: “ sekiranya dunia ini di sisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum seorang kafir walaupun seteguk air.” Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk, inilah hakikat nilainya dan timbangannya di sisi Allah. Lantas mengapa mesti takut dan resah kerananya?

Kebahagiaan ialah apabila anda merasa aman dengan diri, masa depan, keluarga, dan hidup anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, ridha kepada Allah, ridha kepada ketentuan-Nya, dan qana’ah.




..MONOLOG DIRI..


Deruan ombak menhempas pantai..
 Ketenangan menyelubungiku..
Bila mana kaki pelahan-lahan berjalan..
Membawa hati yang penuh hiba..
Mengapa perlu ada rasa sedih..
Tertanya diri kepada hati..
Sekian lama berjalan tanpa henti..
Mula berpaling mendongak langit..
Apa pula disebalik ketenangan luas itu??
Pelbagai persoalan tertanya..
Hanya kerana diri rasa kedukaan..
Manusia yang yakin akan Tuhannya..
Dia akan bisa menjawab semua persoalan itu..
Tetapi, manusia lebih gemar bermonolog sendiri..
Dan apabila keyakinan mula menjelma akan apa sepatutnya rasa hati..
Mereka masih hendak bermain madah dengan kata..
Mengapa hatiku selalu bersedih??..
Mengapa aku selalu tiada dalam ketenangan??..
Ya Allah, aku memohon akan ketenangan..
Agar mudah untuk aku memperhambakan diriku sepenuhnya..
Adakah lumrah manusia mempunyai rasa sebegitu??..
Apabila merasa aku insan yang sangat lemah..
Itulah selalu diungkap manusia seperti  Aku..





Berita Harian Online